Tuesday, 17 January 2012

   
POSITIVE MINDSET ???

    actually aku just nak share sikit pasal diri kita. semua orang dalam dunia ni hadapi pelbagai masalah dalam hidup, cuma yang membezakan ialah bagaiman kita menghadapi permasalahan tersebut. aku pun macam orang-orang lain juga la. kalau nak cerita pasal apa masalah ni memang tak cukup masa la nak cerita kan.

    pada aku tiap manusia tak dapat lari dari masalah, oleh kerana itulah kita harus sentiasa berfikiran positif tiap kali mengahadapi masalah. dan yang paling penting sekali pada aku jangan sesekali  menyalahkan diri sendiri atas masalah yang kita hadapi sebab itu akan menyebabkan semangat kita makin DOWN!!!. memang tak dapat dinafikan bila kita rasa masalah tu sangat rumit dan macam dah tak ada jalan penyelesaiannya kita automatik akan salahkan diri sendiri sebab tak dapat selesaikan masalah tu tapi apa kata kita tukar pula MINDSET kita kepada berfikir kearah mencari jalan penyelesaiannya. tak cuba tak tahu kan???

    tak salah aku rasa kalau kita mulakan dengan puji diri sendiri dan berfikir sejenak tentang KELEBIHAN diri kita. bukan untuk membangga diri tapi cukup sekadar untuk UP!!! kan kembali semangat kita. lagipun bila lagi kita nak puji diri sendirikan???? nak tunggu orang puji tak tau la bila dan tak tau la seikhlas hati atau tak kan??? so ambil la peluang ni, tapi jangan la puji sampai lupa diri pulak tau. 

    yang penting semua tindakan tu bermula dari diri kita sendiri sebab kitalah yang menetukan siapa diri kita. sentiasalah berfikiran positif terhadap diri sendiri kerana ia merupakan MOTIVASI yang paling hebat untuk diri kita sebenarnya. : D

Monday, 16 January 2012

aduh!!!
menipu diri sendiri lagi sakit daripada menipu orang lain
susahnya rasa bila terpaksa berpura-pura
OK walaupun hakikatnya KO
HAHAHAHAHAHAHA : D
perlu teruskan tersenyum walaupun pahit
tapi tak pe la...orang "lama2" selalu kata
PAHIT TU UBAT
tapi aku tak tau la ubat apa kan???
maklum la orang "lama2" ni ada je kata2 
yang munasabah untuk dipraktikkan..huhu
erm...actually mo0d aku sekarang tengah down ni...

>  <
-----------

Friday, 6 January 2012

mood teringat kengkawan lame :(

terase persahabatan kite orang dah makin renggang semenjak dh terpisah nie
erm..masing-masing dah sibok dengan hal sendiri
call or mesej memang jarang la
kalau status kat FB semenye bunyi cam tengah berbahagia
alhamdulillah..aku pon tumpang bahagia jugak
tp kalau aku tumpang comment..comment aku tu dijawab acuh tak acuh je..
sedih pulak aku rase  :(
ajak chat...chat due tige patah perkataan teros offline
kejam je aku rase
nampak sangat cube lari daripada aku
tapi tak pe..aku boleh sabar lagi
walaupon kat mane korang sekarang 
aku sentiase doakan kejayaan and kebahagiaan korang 
walaupon aku hanye menumpang sebahagian potongan kecil dari kegembiraan korang tu
at least aku ade walaupon sikit...
hahaha (status sedapkan hati sendiri)


p/s: persahabatan itu andai dituai dan dibaja dengan baek
maka pasti akan cantik dengan mekarnya
erm...pastu aku x tau dh nak sambung ape..
pandai-pandai sendiri la..