Monday 3 December 2012

in shaa ALLAH :D

     Hari ini bermulanya semula perjalanan hidup aku sebagai pelajar di UITM ini. Pejam celik dah semester akhir dah, rasa macam cepat masa berlalu dan dalam masa yang sama itu bermakna umur aku pun sudah semakin bertambah :) . Rasa macam tak sangka, kali pertama jejakkan kaki di UITM ini aku sudah 
'excited' pikir nak cepat-cepat habis belajar, sekarang ini bila dah semester akhir 'excited' tu masih ada tapi bercampur sedih juga nak tinggalkan kenangan disini :( .

   Semester 6 baru bermula, aku harap semuanya baik-baik untuk aku dan kengkawan semua, in shaa ALLAH, Amin. Harap sangat aku dan kengkawan semua dapat tamatkan pelajaran sama-sama tahun depan. Walaupun subjek agak 'scary' semester ini, in shaa ALLAH kita semua boleh buat yang terbaik, CAYOK!  CAYOK! semua... :D .



p/s: sentiasa mendokan kejayaan diri dan juga kengkawan semua. in shaa ALLAH kita habis sama-sama tahun depan tau...AMIN...:D

Sunday 4 November 2012

PERKAHWINAN DI USIA MUDA


Allhamdulillah, gembira aku dengar bila ramai kawan-kawan aku yang sudah dalam proses dan ada juga yang telah selamat menamatkan zaman bujang mereka. Semoga masjid yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, Amin.


- En. Google -

Aku sejenak terpikir perbezaan berkahwin di usia muda dengan usia yang bersesuaian untuk berkahwin. Aku bukan ingin menentang atau menafikan hak seseorang itu untuk mendirikan rumah tangga, namun pada usia yang terlalu muda, kurangnya pengalaman tentang realiti kehidupan, kurangnya pendidikan tentang ilmu rumah tangga atau mungkin juga kurangnya ilmu sebagai persediaan untuk menjadi seorang suami atau isteri yang soleh dan solehah berkemungkinan menyebabkan bahtera yang dibina boleh hilang arahnya.

Kestabilan kewangan seseorang itu juga penting dalam membuat keputusan untuk berumah tangga, kerana perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang akan kita hadapi hanya dalam masa sehari dua, tetapi ianya satu kehidupan yang harus dilalui dalam satu tempoh masa yang panjang. Ilmu, kematangan, dan kesefahaman adalah antara elemen penting dalam sesebuah rumah tangga, agr rumah tangga yang dibina cukup utuh untuk menhadapi segala badai.

- En. Google -

Perkahwinan di usia muda bukanlah satu kesilapan seandainya tahu untuk menahodai rumah tangga itu dengan sebaiknya. Permikiran remaja kini sudah semakin matang dan ini memungkinkan sebahagian dari mereka yang keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda. Mereka sudah cukup yakin bahawa mereka mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri. 

Mungkin kawan-kawan aku yang buat keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda kerana mereka sudah cukup bersedia untuk menghadapi alam berumah tangga. Aku tumpang gembira dan sentiasa berdoa agar rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat, Amin. 


p/s: impian untuk berumah tangga pastinya menjadi idaman setiap manusia, insyaallah jodoh itu ada bagi setiap manusia, kerana jika telah tertulis di Luh Mahfuz "dia" milik kita, maka percayalah bahawa "dia" adalah pasangan yang tercipta untuk kita. Namun aku masih ada banyak perkara yang ingin dilakukan, aku tidak mahu menamatkan zaman bujang ni terlalu awal, "harapnya begitulah". Insyaallah kalau jodohnya dah sampai, aku serahkan segalanya pada takdir sahaja. Apa yang penting padaku sekarang ialah menamatkan pengajianku dengan cemerlang dan beroleh pekerjaan yang baik, insyaallah, Amin.


Friday 21 September 2012

AKU SEMAKIN JAUH

Ya Allah maafkan aku Ya Allah.
 Aku rasa aku makin jauh dariMu Ya Allah. 
Maafkan aku kerana terleka dengan keasyikan dunia hingga terlupa akan
tanggungjawabku sebagai hambaMu Ya Allah.
Berilah aku petunjuk agar aku dapat kembali tenang dijalanMu Ya Allah.
Aku sedar aku banyak melakukan kesilapan, berilah aku 
peluang untuk memperbaikinya.
Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan dan mengharapkan
keampunan dariMu Ya Allah.
Ampunkan ku Ya Allah.



mood : terasa diriku ini semakin jauh dari Pencipta ku yang 
teragung. Mengharapkan masih ada peluang untuk
aku perbaiki segala kesilapan dan kekhilafan ku.

p/s : aku masih mencuba tersenyum walaupun pelbagai hakikat
dan kenyataan yang pedih dan perit
sedang aku hadapi pada ketika ini. sesungguhnya
senyuman itu memberikan kekuatan padaku untuk terus bertahan....:) :D



Wednesday 5 September 2012

Bila Kita...??? ^......^


Bila kita berusaha tetapi hasilnya tidak setimpal dengan apa yang kita usahakan?

Bila kita berusaha tetapi orang yang lansung tidak bersungguh 
dalam usahanya memperoleh lebih baik dari kita?

Bila kita berusaha tetapi tiada siapa yang nampak akan usaha kita itu?

Bila kita berusaha tetapi tiada yang menghargai apa yang kita usahakan itu?


Mood : Felt really Down with My self right Now.
:( :( :(

p/s : Don't ever be proud with your past successful. It's means nothing
if you don't know how to appreciate and learn
something good from it. 

Monday 3 September 2012

SEDIH :(

Aku terkilan dengan mentaliti orang kita terutama orang melayu tu sendiri. Aku menulis disini bukan berniat untuk merendahkan atau memburukkan bangsa aku sendiri, hanya kadang-kadang terpikir kenapa bangsa aku jadi sebegini. Mentaliti orang melayu ni sangat sukar untuk diubah walaupun terkadang perkembangan semasa sudah tidak sesuai dengan pemikiran sebegitu. Aku tak menafikan antara faktor mengapa kaum melayu sukar untuk maju adalah kerana mentaliti. Aku tiada niat yang buruk, hanya ingin berkongsi pendapat dan pandangan. Aku tahu aku masih setahun jagung, tidak layak berbicara tentang isu sebigini, tapi pernahkan kita terpikir bahawa kenyataan yang tertulis pada ayat sebelum ini merupakan antara mentaliti orang melayu yang sukar diubah. 

Aku selalu dengar orang cakap:

1. "Eh! ko tu budak-budak lagi, pengalaman pon tak ada, tak layak nak bersuara".
    -Mungkin betul orang yang ingin bersuara itu belum cukup pengalaman tentang hidup, namun tidak               mustahil dia mempelajari sesuatu dari pengalaman orang disekeklilingnya. Tidak semestinya yang disuarakan itu tidak bermakna @ memberikan sebarang kebaikan..

2. "Aku tengok anak Pak Abu tu baik, sopan santun bila bercakap dengan org tua-tua, tak macam anak Pak Ali tu, ganas semacam, tak tau la nak jadi apa budak tu nanti".
    - Ini satu lagi mentaliti yang aku sangat tidak setuju dan pemikiran sebegini memang sudah tidak sesuai dengan situasi sekarang. Pepatah orang barat pun ada berkata "Don't judge the book by it's cover", bukan aku nak suruh ikut budaya barat, tapi peribahasanya itu ada kebenarannya. Jangan menilai seseorang itu melalui luaran sahaja kerana melalui luaran itu banyak penipuan sebenarnya.

3. "Maju je aku tengok perniagaan dia, mesti ada guna sesuatu ni".
     - Ini aku rasa dah biasa sangat dah, mana taknya pantang tengok bangsa sendiri maju ada sahaja yang tak kena. Tolongla, orang tu maju kerana dia berusaha bukan hanya duduk menantikan bulan jatuh keriba.

Aku rasa banyak lagi kenyataan yang boleh dikaitkan dengan mentaliti orang melayu ini. Tetapi aku tak menafikan bahawa ada diantara orang melayu yang sudah mampu mengubah pemikiran mereka kepada yang lebih positif, dan tidak dinafikan mereka juga semakin maju seiring dengan kemajuan kita kini. Bukan nak kata pemikiran sebegitu salah, ada waktu dan ketika ianya boleh dipraktikan namun tak sesuai kalau dipraktikkan sepanjang masa.

p/s: maaf sekiranya kenyataan aku ni mungkin mewujudkan ketidak senangan hati pada sesetengah orang. Aku hanya mencoret sebahagian daripada pandangan aku. Ingin berkongsi pendapat dan juga menimba lebih pengalaman tentang hidup. Kematangan dalam pemikiran menggambarkan keperibadian seseorang. 
Aku sayang bangsa aku iaitu "MELAYU", dan aku sangat berharap bangsa aku akan terus maju dan mampu bersaing dengan bangsa lain.

Friday 10 August 2012

Terima Kasih Ya Allah :D

  Aku hanya manusia biasa yang terkadang mempersoalkan tentang ujian yang Allah berikan kepadaku. Terkadang aku merasakan bahawa Allah tidak adil dalam menduga seseorang hambanya itu. Namun pabila aku amati semula bahawa terdapat pelbagai hikmah disebalik dugaan yang Allah berikan kepadaku. Aku sering mempersoalkan, "Kenapa dia selalu dapat pujian atas susah payah kerja orang lain?", "Kenapa dia selalu berjaya dalam apa saja yang dibuat walaupun usahanya hanya sedikit berbanding aku?", "Kenapa dia peroleh kejayaan sedangkan dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah     dengan sebaiknya?", dan banyak lagi.

  Mungkin orang akan kata dah takdir tertulis untuk "dia" dan "kita" begitu, dan aku tak boleh menafikan kenyataan tu. Tetapi cuba kita dalami semula hakikatnya Allah sedang menduga hambanya samada kita sebagai hambanya mampu menghadapi dugaan itu. 

p/s: Sesungguhnya Allah memberikan hambanya sesuatu dugaan kerana Allah mengetahui hambanya itu mampu menghadapi dugaan itu dan juga kerana Allah sayangkan kita!!!. Dan yang paling penting, Allah sentiasa disisi hambanya walau dalam apa jua keadaan seseorang hambanya itu.

"Jangan jadi manusia yang Allah berikan kekayaan tetapi dengan penuh kemarahan dariNya"
harapnya aku tidak tergolong dalam golongan seperti itu.




Wednesday 20 June 2012


MDS SESI JUN - NOV 2012
(29 MAY 12 - 8 JUN 12)

Walaupun dalam masa yang singkat tapi tinggalkan banyak pengalaman.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kenangan INDAH saya.
Yang buruk jadikan pengajaran untuk menjadi lebih baik dimasa hadapan dan ukirkan senyuman untuk segala yang menggembirakan :D

P/S : Persahabatan itu mampu dibentuk hanya dalam beberapa saat perkenalan. Apa yang penting keikhlasan. Kadang-kadang yang singkat itu lebih menggembirakan dan bermakna :)

Friday 15 June 2012

Kesempurnaan

"Kesempurnaan", tidak dinafikan semua orang inginkan kesempurnaan tapi sudah tertulis hakikat bahawa tiada masnusia yang sempurna dalam dunia ini. Namun tidak mustahil untuk kita mengubah hakikat itu dengan berusaha untuk mencari kesempurnaan itu atau pun menjadi seseorang yang menyempurnakan orang lain. Definisi kesempurnaan satu perkara yang subjektif bagi tiap orang. Oleh itu, jangan sesekali menghentam atau merendahkan orang lain dengan kekurangan mereka kerana disebalik kekurangan itu terdapatnye keistimewaan yang menampakkannya sempurna dimata orang lain.

p/s : setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jangan sesekali
merendahkan orang lain atas kekurangan mereka tetapi bantulah mereka 
untuk mencapai kesempurnaan itu. ALLAH menciptakan hamba_Nya dengan begitu sempurna,
hanya terkadang kita sebagai hamba_Nya terleka dan terlupa untuk
bersyukur kepada_Nya. Sesungguhnya ciptaan ALLAH adalah yang
terbaik!!!.

Sunday 29 April 2012

perubahan

Pada aku "perubahan" ke arah suatu yang positif adalah sangat baik. Tapi macam mana pula bila perubahan itu ke arah yang negatif. Bukan apa, aku terpikirkan tentang seseorang yang dekat dengan hidup aku yang dah banyak berubah. Mungkin betul juga bila orang berpendapat seseorang itu boleh berubah disebabkan kejutan budaya. Aku bukan apa, risau kalau-kalau dia semakin jauh terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Aku tahu, aku bukan seorang yang baik dan juga sempurna sangat nak menasihati orang lain tapi kalau boleh aku tak nak orang-orang yang dekat dengan aku berubah ke arah yang tidak baik. 


-En. Google-


p/s:aku tahu engkau bukan budak kecil lagi. engkau dah cukup matang untuk pikir yang mana baik dan yang mana buruk. tak salah kalau engkau ada keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru, tapi pikirkan juga samada perkara itu mendatangkan keburukan atau kebaikan pada diri engkau. dulu mungkin aku selalu ada untuk nasihatkan engkau, tapi sekarang masing-masing dah pilih jalan hidup sendiri, so please take care of your self. don't ever do the mistake that will make you suffer for your whole life "friend".


-En. Google-


Saturday 25 February 2012

ALLAH Maha Pengasih Dan Penyayang

Malam ni tiba-tiba aku teringat kat kawan aku yang sorang ni. Mungkin jugak aku rindu nak lepak-lepak dengan dia sambil share2 problem kita orang :(. Aku teringat kat dia bukan apa, sepanjang aku berkawan dengan dia sejak sekolah lagi, aku cukup kenal peribadi dia. Dia seorang yang sangat-sangat penyabar dengan pelbagai dugaan dari Allah. Kalau aku, aku tak tahu la mampu ke tak nak hadapinya..seriously!!!

Sejak sekolah walau apa pun orang cakap pasal diri dia, dia buat "bodo" je..pada dia, dia je yang tahu tentang diri dia. Aku memang respect la dengan ko. Walau apa pun dugaan yang datang ko sentiasa senyum..ko redo je kan :) seriously aku sayang ko sebagai kawan tau tak..bukan senang nak cari kawan yang macam ko kt dunia ni sekarang...erm pe2 pun thanks tau coz sentiasa sudi dok lepak-lepak dengan aku bila aku ada problem and yang paling best kawan dengan ko is..ko sentiasa tebalkan telinga tok dengar bebelan aku...thanks kawan..LOVE U larh!!! hahaha...aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau..mungkin Allah bagi dugaan yang banyak kat ko hari ni tp akan datang Allah pasti berikan sesuatu atas kesabaran ko tu..BE STRONG ok!!!

Thursday 23 February 2012

I promise I will...

I'm so sorry
I promise I will...
I will try...
I will try to... 
FORGET YOU
Sorry because it will take time for me...
So please give me little bit time to forget you...
Thanks for all that you was done to me...
It's will be the best memories I have with you...
I know I'm not the best for you..
And I know you will got someone that is better than me...you will...
Please don't ever repeat the same mistake that you have done with me...
I was forgive all the thing that you have done to me...
And I always pray for your happiness...
Please remember to appreciate those people that really love you...
Don't ever make they cry because of you ok... 

-En. Google-

Last word from ME!!!

-En. Google-


Tuesday 21 February 2012

rOsa!!! final exam!!!

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua last dah untuk sem ni. Rase kejap je mase berlalu. Bila dah masuk minggu kedua last ni, bermakna final exam pon dah dekat la kan. Waduh waduh!!! tak bersedia sepenuhnya lagi ni. Apa nak jadi ni??? belajar pon banyak lagi yang aku tak paham...ni tangah usaha pahamkan perlahan lahan macam kura-kura. Kura-kura pun tak pela..biar lambat at least aku paham sikit pada tak paham lansungkan.

Ayo!!! cuak pulak aku bila pikir pasal final ni...subject sem ni aku rasa macam semuanya "KILLER PAPER". Apa pun kena usaha jugak kan walau sesusah manapun. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa sebarang usaha.

"Ya Allah kuatkan la semangat hambamu ini untuk menghadapi segala ujian dan duagaan dariMu Ya Allah serta kau permudahkanlah segala urusan seharianku" AMIN : D

Monday 13 February 2012

story about friendship


-En. Google-

FREINDSHIP or PERSAHABATAN???
semua orang mesti tahu dan faham maksudnyakan
tapi tak semua orang dapat nikmati persahabatan yang benar-benar ikhlaskan.
kebanyakkannya persahabatan itu akan berakhir dengan pertelingkahan.
tidak dinafikan memang susah nak cari sahabat yang betul-betul
boleh menerima kita seadanya, sanggup bersusah payah bersama,
sentiasa ada disisi sebagai pendorong dan pemberi semangat dan yang paling penting
sebagai pendengar yang setia.


-En. Google-

p/s: please appreciate your friend and try to understand them. Don't just ask them to understand you but you never try to understand your friend. Sometimes be hypocrite or keep silence is better to save your friendship. "Let's bygone be bygone". Take time to" forgive and forget" because no people in the world life without any mistake. Learn from mistake Ok!! but don't repeat the same mistake :D

"A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words."


Tuesday 17 January 2012

   
POSITIVE MINDSET ???

    actually aku just nak share sikit pasal diri kita. semua orang dalam dunia ni hadapi pelbagai masalah dalam hidup, cuma yang membezakan ialah bagaiman kita menghadapi permasalahan tersebut. aku pun macam orang-orang lain juga la. kalau nak cerita pasal apa masalah ni memang tak cukup masa la nak cerita kan.

    pada aku tiap manusia tak dapat lari dari masalah, oleh kerana itulah kita harus sentiasa berfikiran positif tiap kali mengahadapi masalah. dan yang paling penting sekali pada aku jangan sesekali  menyalahkan diri sendiri atas masalah yang kita hadapi sebab itu akan menyebabkan semangat kita makin DOWN!!!. memang tak dapat dinafikan bila kita rasa masalah tu sangat rumit dan macam dah tak ada jalan penyelesaiannya kita automatik akan salahkan diri sendiri sebab tak dapat selesaikan masalah tu tapi apa kata kita tukar pula MINDSET kita kepada berfikir kearah mencari jalan penyelesaiannya. tak cuba tak tahu kan???

    tak salah aku rasa kalau kita mulakan dengan puji diri sendiri dan berfikir sejenak tentang KELEBIHAN diri kita. bukan untuk membangga diri tapi cukup sekadar untuk UP!!! kan kembali semangat kita. lagipun bila lagi kita nak puji diri sendirikan???? nak tunggu orang puji tak tau la bila dan tak tau la seikhlas hati atau tak kan??? so ambil la peluang ni, tapi jangan la puji sampai lupa diri pulak tau. 

    yang penting semua tindakan tu bermula dari diri kita sendiri sebab kitalah yang menetukan siapa diri kita. sentiasalah berfikiran positif terhadap diri sendiri kerana ia merupakan MOTIVASI yang paling hebat untuk diri kita sebenarnya. : D

Monday 16 January 2012

aduh!!!
menipu diri sendiri lagi sakit daripada menipu orang lain
susahnya rasa bila terpaksa berpura-pura
OK walaupun hakikatnya KO
HAHAHAHAHAHAHA : D
perlu teruskan tersenyum walaupun pahit
tapi tak pe la...orang "lama2" selalu kata
PAHIT TU UBAT
tapi aku tak tau la ubat apa kan???
maklum la orang "lama2" ni ada je kata2 
yang munasabah untuk dipraktikkan..huhu
erm...actually mo0d aku sekarang tengah down ni...

>  <
-----------

Friday 6 January 2012

mood teringat kengkawan lame :(

terase persahabatan kite orang dah makin renggang semenjak dh terpisah nie
erm..masing-masing dah sibok dengan hal sendiri
call or mesej memang jarang la
kalau status kat FB semenye bunyi cam tengah berbahagia
alhamdulillah..aku pon tumpang bahagia jugak
tp kalau aku tumpang comment..comment aku tu dijawab acuh tak acuh je..
sedih pulak aku rase  :(
ajak chat...chat due tige patah perkataan teros offline
kejam je aku rase
nampak sangat cube lari daripada aku
tapi tak pe..aku boleh sabar lagi
walaupon kat mane korang sekarang 
aku sentiase doakan kejayaan and kebahagiaan korang 
walaupon aku hanye menumpang sebahagian potongan kecil dari kegembiraan korang tu
at least aku ade walaupon sikit...
hahaha (status sedapkan hati sendiri)


p/s: persahabatan itu andai dituai dan dibaja dengan baek
maka pasti akan cantik dengan mekarnya
erm...pastu aku x tau dh nak sambung ape..
pandai-pandai sendiri la..