Tuesday, 17 January 2012

   
POSITIVE MINDSET ???

    actually aku just nak share sikit pasal diri kita. semua orang dalam dunia ni hadapi pelbagai masalah dalam hidup, cuma yang membezakan ialah bagaiman kita menghadapi permasalahan tersebut. aku pun macam orang-orang lain juga la. kalau nak cerita pasal apa masalah ni memang tak cukup masa la nak cerita kan.

    pada aku tiap manusia tak dapat lari dari masalah, oleh kerana itulah kita harus sentiasa berfikiran positif tiap kali mengahadapi masalah. dan yang paling penting sekali pada aku jangan sesekali  menyalahkan diri sendiri atas masalah yang kita hadapi sebab itu akan menyebabkan semangat kita makin DOWN!!!. memang tak dapat dinafikan bila kita rasa masalah tu sangat rumit dan macam dah tak ada jalan penyelesaiannya kita automatik akan salahkan diri sendiri sebab tak dapat selesaikan masalah tu tapi apa kata kita tukar pula MINDSET kita kepada berfikir kearah mencari jalan penyelesaiannya. tak cuba tak tahu kan???

    tak salah aku rasa kalau kita mulakan dengan puji diri sendiri dan berfikir sejenak tentang KELEBIHAN diri kita. bukan untuk membangga diri tapi cukup sekadar untuk UP!!! kan kembali semangat kita. lagipun bila lagi kita nak puji diri sendirikan???? nak tunggu orang puji tak tau la bila dan tak tau la seikhlas hati atau tak kan??? so ambil la peluang ni, tapi jangan la puji sampai lupa diri pulak tau. 

    yang penting semua tindakan tu bermula dari diri kita sendiri sebab kitalah yang menetukan siapa diri kita. sentiasalah berfikiran positif terhadap diri sendiri kerana ia merupakan MOTIVASI yang paling hebat untuk diri kita sebenarnya. : D

No comments:

Post a Comment