Sunday 3 March 2013

SEDIH TERKILAN CEMBURU


    Aku tak pasti apa yang patut aku katakan sama ada perasaan sedih, terkilan atau pun cemburu. Hanya kerana aku tidak menuruti apa kemahuan dan keinginan mereka, aku disisihkan. Seolah-olah aku ini hanya satu watak sampingan sebagai pelengkap sebuah cerita. Aku punyai alasan tersendiri mengapa aku membuat pilihan yang lain iaitu apa yang aku lakukan sekarang. Mengapa meminggirkan tanpa memberi aku peluang untuk bercerita.

    Sedih apabila terasa diri ini seperti diabaikan & tidak lagi di ingati, terkilan apabila teringatkan kenangan gembira & mesra bersama kini sudah semakin pudar dan mugkin juga cemburu apabila semua pujian kejayaan itu hanya pada mereka yang menurut tidak pada aku yang sebaliknya.

    Aku simpan perasaan ini sudah cukup lama. Terkadang terasa suadah tidak mampu bertahan. Tetapi aku tetap berdoa agar aku terus bersabar dan tidak akan sekali terlintas difikiran ku untuk melupakan "mereka" disetiap titipan doaku kerana "mereka" lah yang telah membantu aku seperti apa aku sekanrang. Meskipun aku belum cukup berjaya dimata "mereka", in sya ALLAH aku akan berusaha melakukan yang terbaik untuk diri sendiri & insan-insan yang bermakna dalam hidup aku.

p/s: aku berharap juga agar titipan doa "mereka" masih ada untuk diriku meskipun hanya sebaris kata. kerana titipan doa hanya sebaris kata itu sangat bermakna.

Monday 3 December 2012

in shaa ALLAH :D

     Hari ini bermulanya semula perjalanan hidup aku sebagai pelajar di UITM ini. Pejam celik dah semester akhir dah, rasa macam cepat masa berlalu dan dalam masa yang sama itu bermakna umur aku pun sudah semakin bertambah :) . Rasa macam tak sangka, kali pertama jejakkan kaki di UITM ini aku sudah 
'excited' pikir nak cepat-cepat habis belajar, sekarang ini bila dah semester akhir 'excited' tu masih ada tapi bercampur sedih juga nak tinggalkan kenangan disini :( .

   Semester 6 baru bermula, aku harap semuanya baik-baik untuk aku dan kengkawan semua, in shaa ALLAH, Amin. Harap sangat aku dan kengkawan semua dapat tamatkan pelajaran sama-sama tahun depan. Walaupun subjek agak 'scary' semester ini, in shaa ALLAH kita semua boleh buat yang terbaik, CAYOK!  CAYOK! semua... :D .



p/s: sentiasa mendokan kejayaan diri dan juga kengkawan semua. in shaa ALLAH kita habis sama-sama tahun depan tau...AMIN...:D

Sunday 4 November 2012

PERKAHWINAN DI USIA MUDA


Allhamdulillah, gembira aku dengar bila ramai kawan-kawan aku yang sudah dalam proses dan ada juga yang telah selamat menamatkan zaman bujang mereka. Semoga masjid yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, Amin.


- En. Google -

Aku sejenak terpikir perbezaan berkahwin di usia muda dengan usia yang bersesuaian untuk berkahwin. Aku bukan ingin menentang atau menafikan hak seseorang itu untuk mendirikan rumah tangga, namun pada usia yang terlalu muda, kurangnya pengalaman tentang realiti kehidupan, kurangnya pendidikan tentang ilmu rumah tangga atau mungkin juga kurangnya ilmu sebagai persediaan untuk menjadi seorang suami atau isteri yang soleh dan solehah berkemungkinan menyebabkan bahtera yang dibina boleh hilang arahnya.

Kestabilan kewangan seseorang itu juga penting dalam membuat keputusan untuk berumah tangga, kerana perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang akan kita hadapi hanya dalam masa sehari dua, tetapi ianya satu kehidupan yang harus dilalui dalam satu tempoh masa yang panjang. Ilmu, kematangan, dan kesefahaman adalah antara elemen penting dalam sesebuah rumah tangga, agr rumah tangga yang dibina cukup utuh untuk menhadapi segala badai.

- En. Google -

Perkahwinan di usia muda bukanlah satu kesilapan seandainya tahu untuk menahodai rumah tangga itu dengan sebaiknya. Permikiran remaja kini sudah semakin matang dan ini memungkinkan sebahagian dari mereka yang keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda. Mereka sudah cukup yakin bahawa mereka mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri. 

Mungkin kawan-kawan aku yang buat keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda kerana mereka sudah cukup bersedia untuk menghadapi alam berumah tangga. Aku tumpang gembira dan sentiasa berdoa agar rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat, Amin. 


p/s: impian untuk berumah tangga pastinya menjadi idaman setiap manusia, insyaallah jodoh itu ada bagi setiap manusia, kerana jika telah tertulis di Luh Mahfuz "dia" milik kita, maka percayalah bahawa "dia" adalah pasangan yang tercipta untuk kita. Namun aku masih ada banyak perkara yang ingin dilakukan, aku tidak mahu menamatkan zaman bujang ni terlalu awal, "harapnya begitulah". Insyaallah kalau jodohnya dah sampai, aku serahkan segalanya pada takdir sahaja. Apa yang penting padaku sekarang ialah menamatkan pengajianku dengan cemerlang dan beroleh pekerjaan yang baik, insyaallah, Amin.


Friday 21 September 2012

AKU SEMAKIN JAUH

Ya Allah maafkan aku Ya Allah.
 Aku rasa aku makin jauh dariMu Ya Allah. 
Maafkan aku kerana terleka dengan keasyikan dunia hingga terlupa akan
tanggungjawabku sebagai hambaMu Ya Allah.
Berilah aku petunjuk agar aku dapat kembali tenang dijalanMu Ya Allah.
Aku sedar aku banyak melakukan kesilapan, berilah aku 
peluang untuk memperbaikinya.
Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan dan mengharapkan
keampunan dariMu Ya Allah.
Ampunkan ku Ya Allah.



mood : terasa diriku ini semakin jauh dari Pencipta ku yang 
teragung. Mengharapkan masih ada peluang untuk
aku perbaiki segala kesilapan dan kekhilafan ku.

p/s : aku masih mencuba tersenyum walaupun pelbagai hakikat
dan kenyataan yang pedih dan perit
sedang aku hadapi pada ketika ini. sesungguhnya
senyuman itu memberikan kekuatan padaku untuk terus bertahan....:) :D



Wednesday 5 September 2012

Bila Kita...??? ^......^


Bila kita berusaha tetapi hasilnya tidak setimpal dengan apa yang kita usahakan?

Bila kita berusaha tetapi orang yang lansung tidak bersungguh 
dalam usahanya memperoleh lebih baik dari kita?

Bila kita berusaha tetapi tiada siapa yang nampak akan usaha kita itu?

Bila kita berusaha tetapi tiada yang menghargai apa yang kita usahakan itu?


Mood : Felt really Down with My self right Now.
:( :( :(

p/s : Don't ever be proud with your past successful. It's means nothing
if you don't know how to appreciate and learn
something good from it. 

Monday 3 September 2012

SEDIH :(

Aku terkilan dengan mentaliti orang kita terutama orang melayu tu sendiri. Aku menulis disini bukan berniat untuk merendahkan atau memburukkan bangsa aku sendiri, hanya kadang-kadang terpikir kenapa bangsa aku jadi sebegini. Mentaliti orang melayu ni sangat sukar untuk diubah walaupun terkadang perkembangan semasa sudah tidak sesuai dengan pemikiran sebegitu. Aku tak menafikan antara faktor mengapa kaum melayu sukar untuk maju adalah kerana mentaliti. Aku tiada niat yang buruk, hanya ingin berkongsi pendapat dan pandangan. Aku tahu aku masih setahun jagung, tidak layak berbicara tentang isu sebigini, tapi pernahkan kita terpikir bahawa kenyataan yang tertulis pada ayat sebelum ini merupakan antara mentaliti orang melayu yang sukar diubah. 

Aku selalu dengar orang cakap:

1. "Eh! ko tu budak-budak lagi, pengalaman pon tak ada, tak layak nak bersuara".
    -Mungkin betul orang yang ingin bersuara itu belum cukup pengalaman tentang hidup, namun tidak               mustahil dia mempelajari sesuatu dari pengalaman orang disekeklilingnya. Tidak semestinya yang disuarakan itu tidak bermakna @ memberikan sebarang kebaikan..

2. "Aku tengok anak Pak Abu tu baik, sopan santun bila bercakap dengan org tua-tua, tak macam anak Pak Ali tu, ganas semacam, tak tau la nak jadi apa budak tu nanti".
    - Ini satu lagi mentaliti yang aku sangat tidak setuju dan pemikiran sebegini memang sudah tidak sesuai dengan situasi sekarang. Pepatah orang barat pun ada berkata "Don't judge the book by it's cover", bukan aku nak suruh ikut budaya barat, tapi peribahasanya itu ada kebenarannya. Jangan menilai seseorang itu melalui luaran sahaja kerana melalui luaran itu banyak penipuan sebenarnya.

3. "Maju je aku tengok perniagaan dia, mesti ada guna sesuatu ni".
     - Ini aku rasa dah biasa sangat dah, mana taknya pantang tengok bangsa sendiri maju ada sahaja yang tak kena. Tolongla, orang tu maju kerana dia berusaha bukan hanya duduk menantikan bulan jatuh keriba.

Aku rasa banyak lagi kenyataan yang boleh dikaitkan dengan mentaliti orang melayu ini. Tetapi aku tak menafikan bahawa ada diantara orang melayu yang sudah mampu mengubah pemikiran mereka kepada yang lebih positif, dan tidak dinafikan mereka juga semakin maju seiring dengan kemajuan kita kini. Bukan nak kata pemikiran sebegitu salah, ada waktu dan ketika ianya boleh dipraktikan namun tak sesuai kalau dipraktikkan sepanjang masa.

p/s: maaf sekiranya kenyataan aku ni mungkin mewujudkan ketidak senangan hati pada sesetengah orang. Aku hanya mencoret sebahagian daripada pandangan aku. Ingin berkongsi pendapat dan juga menimba lebih pengalaman tentang hidup. Kematangan dalam pemikiran menggambarkan keperibadian seseorang. 
Aku sayang bangsa aku iaitu "MELAYU", dan aku sangat berharap bangsa aku akan terus maju dan mampu bersaing dengan bangsa lain.

Friday 10 August 2012

Terima Kasih Ya Allah :D

  Aku hanya manusia biasa yang terkadang mempersoalkan tentang ujian yang Allah berikan kepadaku. Terkadang aku merasakan bahawa Allah tidak adil dalam menduga seseorang hambanya itu. Namun pabila aku amati semula bahawa terdapat pelbagai hikmah disebalik dugaan yang Allah berikan kepadaku. Aku sering mempersoalkan, "Kenapa dia selalu dapat pujian atas susah payah kerja orang lain?", "Kenapa dia selalu berjaya dalam apa saja yang dibuat walaupun usahanya hanya sedikit berbanding aku?", "Kenapa dia peroleh kejayaan sedangkan dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah     dengan sebaiknya?", dan banyak lagi.

  Mungkin orang akan kata dah takdir tertulis untuk "dia" dan "kita" begitu, dan aku tak boleh menafikan kenyataan tu. Tetapi cuba kita dalami semula hakikatnya Allah sedang menduga hambanya samada kita sebagai hambanya mampu menghadapi dugaan itu. 

p/s: Sesungguhnya Allah memberikan hambanya sesuatu dugaan kerana Allah mengetahui hambanya itu mampu menghadapi dugaan itu dan juga kerana Allah sayangkan kita!!!. Dan yang paling penting, Allah sentiasa disisi hambanya walau dalam apa jua keadaan seseorang hambanya itu.

"Jangan jadi manusia yang Allah berikan kekayaan tetapi dengan penuh kemarahan dariNya"
harapnya aku tidak tergolong dalam golongan seperti itu.