Friday, 21 September 2012

AKU SEMAKIN JAUH

Ya Allah maafkan aku Ya Allah.
 Aku rasa aku makin jauh dariMu Ya Allah. 
Maafkan aku kerana terleka dengan keasyikan dunia hingga terlupa akan
tanggungjawabku sebagai hambaMu Ya Allah.
Berilah aku petunjuk agar aku dapat kembali tenang dijalanMu Ya Allah.
Aku sedar aku banyak melakukan kesilapan, berilah aku 
peluang untuk memperbaikinya.
Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan dan mengharapkan
keampunan dariMu Ya Allah.
Ampunkan ku Ya Allah.



mood : terasa diriku ini semakin jauh dari Pencipta ku yang 
teragung. Mengharapkan masih ada peluang untuk
aku perbaiki segala kesilapan dan kekhilafan ku.

p/s : aku masih mencuba tersenyum walaupun pelbagai hakikat
dan kenyataan yang pedih dan perit
sedang aku hadapi pada ketika ini. sesungguhnya
senyuman itu memberikan kekuatan padaku untuk terus bertahan....:) :D



Wednesday, 5 September 2012

Bila Kita...??? ^......^


Bila kita berusaha tetapi hasilnya tidak setimpal dengan apa yang kita usahakan?

Bila kita berusaha tetapi orang yang lansung tidak bersungguh 
dalam usahanya memperoleh lebih baik dari kita?

Bila kita berusaha tetapi tiada siapa yang nampak akan usaha kita itu?

Bila kita berusaha tetapi tiada yang menghargai apa yang kita usahakan itu?


Mood : Felt really Down with My self right Now.
:( :( :(

p/s : Don't ever be proud with your past successful. It's means nothing
if you don't know how to appreciate and learn
something good from it. 

Monday, 3 September 2012

SEDIH :(

Aku terkilan dengan mentaliti orang kita terutama orang melayu tu sendiri. Aku menulis disini bukan berniat untuk merendahkan atau memburukkan bangsa aku sendiri, hanya kadang-kadang terpikir kenapa bangsa aku jadi sebegini. Mentaliti orang melayu ni sangat sukar untuk diubah walaupun terkadang perkembangan semasa sudah tidak sesuai dengan pemikiran sebegitu. Aku tak menafikan antara faktor mengapa kaum melayu sukar untuk maju adalah kerana mentaliti. Aku tiada niat yang buruk, hanya ingin berkongsi pendapat dan pandangan. Aku tahu aku masih setahun jagung, tidak layak berbicara tentang isu sebigini, tapi pernahkan kita terpikir bahawa kenyataan yang tertulis pada ayat sebelum ini merupakan antara mentaliti orang melayu yang sukar diubah. 

Aku selalu dengar orang cakap:

1. "Eh! ko tu budak-budak lagi, pengalaman pon tak ada, tak layak nak bersuara".
    -Mungkin betul orang yang ingin bersuara itu belum cukup pengalaman tentang hidup, namun tidak               mustahil dia mempelajari sesuatu dari pengalaman orang disekeklilingnya. Tidak semestinya yang disuarakan itu tidak bermakna @ memberikan sebarang kebaikan..

2. "Aku tengok anak Pak Abu tu baik, sopan santun bila bercakap dengan org tua-tua, tak macam anak Pak Ali tu, ganas semacam, tak tau la nak jadi apa budak tu nanti".
    - Ini satu lagi mentaliti yang aku sangat tidak setuju dan pemikiran sebegini memang sudah tidak sesuai dengan situasi sekarang. Pepatah orang barat pun ada berkata "Don't judge the book by it's cover", bukan aku nak suruh ikut budaya barat, tapi peribahasanya itu ada kebenarannya. Jangan menilai seseorang itu melalui luaran sahaja kerana melalui luaran itu banyak penipuan sebenarnya.

3. "Maju je aku tengok perniagaan dia, mesti ada guna sesuatu ni".
     - Ini aku rasa dah biasa sangat dah, mana taknya pantang tengok bangsa sendiri maju ada sahaja yang tak kena. Tolongla, orang tu maju kerana dia berusaha bukan hanya duduk menantikan bulan jatuh keriba.

Aku rasa banyak lagi kenyataan yang boleh dikaitkan dengan mentaliti orang melayu ini. Tetapi aku tak menafikan bahawa ada diantara orang melayu yang sudah mampu mengubah pemikiran mereka kepada yang lebih positif, dan tidak dinafikan mereka juga semakin maju seiring dengan kemajuan kita kini. Bukan nak kata pemikiran sebegitu salah, ada waktu dan ketika ianya boleh dipraktikan namun tak sesuai kalau dipraktikkan sepanjang masa.

p/s: maaf sekiranya kenyataan aku ni mungkin mewujudkan ketidak senangan hati pada sesetengah orang. Aku hanya mencoret sebahagian daripada pandangan aku. Ingin berkongsi pendapat dan juga menimba lebih pengalaman tentang hidup. Kematangan dalam pemikiran menggambarkan keperibadian seseorang. 
Aku sayang bangsa aku iaitu "MELAYU", dan aku sangat berharap bangsa aku akan terus maju dan mampu bersaing dengan bangsa lain.