Allhamdulillah, gembira aku dengar bila ramai kawan-kawan aku yang sudah dalam proses dan ada juga yang telah selamat menamatkan zaman bujang mereka. Semoga masjid yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, Amin.
- En. Google -
Aku sejenak terpikir perbezaan berkahwin di usia muda dengan usia yang bersesuaian untuk berkahwin. Aku bukan ingin menentang atau menafikan hak seseorang itu untuk mendirikan rumah tangga, namun pada usia yang terlalu muda, kurangnya pengalaman tentang realiti kehidupan, kurangnya pendidikan tentang ilmu rumah tangga atau mungkin juga kurangnya ilmu sebagai persediaan untuk menjadi seorang suami atau isteri yang soleh dan solehah berkemungkinan menyebabkan bahtera yang dibina boleh hilang arahnya.
Kestabilan kewangan seseorang itu juga penting dalam membuat keputusan untuk berumah tangga, kerana perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang akan kita hadapi hanya dalam masa sehari dua, tetapi ianya satu kehidupan yang harus dilalui dalam satu tempoh masa yang panjang. Ilmu, kematangan, dan kesefahaman adalah antara elemen penting dalam sesebuah rumah tangga, agr rumah tangga yang dibina cukup utuh untuk menhadapi segala badai.
- En. Google -
Perkahwinan di usia muda bukanlah satu kesilapan seandainya tahu untuk menahodai rumah tangga itu dengan sebaiknya. Permikiran remaja kini sudah semakin matang dan ini memungkinkan sebahagian dari mereka yang keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda. Mereka sudah cukup yakin bahawa mereka mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri.
Mungkin kawan-kawan aku yang buat keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda kerana mereka sudah cukup bersedia untuk menghadapi alam berumah tangga. Aku tumpang gembira dan sentiasa berdoa agar rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat, Amin.
p/s: impian untuk berumah tangga pastinya menjadi idaman setiap manusia, insyaallah jodoh itu ada bagi setiap manusia, kerana jika telah tertulis di Luh Mahfuz "dia" milik kita, maka percayalah bahawa "dia" adalah pasangan yang tercipta untuk kita. Namun aku masih ada banyak perkara yang ingin dilakukan, aku tidak mahu menamatkan zaman bujang ni terlalu awal, "harapnya begitulah". Insyaallah kalau jodohnya dah sampai, aku serahkan segalanya pada takdir sahaja. Apa yang penting padaku sekarang ialah menamatkan pengajianku dengan cemerlang dan beroleh pekerjaan yang baik, insyaallah, Amin.
No comments:
Post a Comment